Pertandingan klip video dan poster kreatif bermula sejak 1 November sehingga 31 Januari 2015, manakala untuk kuiz terkumpul pula bermula 26 Oktober sehingga 28 Disember 2014.

Untuk menyertai pertandingan klip video, penonton perlu memuat turun video footage yang telah dimuat naik di laman sesawang RTM Online. Setiap peserta hanya layak memuat turun satu footage daripada 13 telefilem dan satu lagu tema daripada 13 telefilem tersebut dan klip video yang telah siap hendaklah dimuat naik ke dalam saluran YouTube Tribute P.Ramlee untuk dinilai.

Sementara, video yang siap dibuat dalam format Mov, perlu dimuat naik ke dalam inbox laman web Tribute P.Ramlee (www.tributepramlee.gov.my) dan durasi klip video perlu berdasarkan lagu yang telah dipilih. Manakala, nama pemenang untuk peraduan ini akan diumumkan awal Februari 2015 dan setiap pemenang bakal menerima dua keping tiket VIP ke Malam Anugerah Tribute beserta wang tunai RM3,000 untuk juara, tempat kedua RM2,000 dan RM1,000 untuk ketiga.

Sementara itu, bagi yang ingin menyertai pertandingan poster kreatif Tribute P.Ramlee yang bermula sejak 1 November hingga 31 Januari 2015, perlu memuat turun footage yang telah dimuat naik di laman sesawang RTM Online.

Setiap peserta hanya layak memuat turun satu footage daripada 13 telefilem tersebut dan menghasilkan satu poster kreatif melalui footage yang telah dimuat turun itu. Poster yang disiapkan dalam saiz A1 hendaklah dimuat naik ke Facebook Tribute P.Ramlee untuk dinilai.

Dalam pada itu, bagi yang berminat untuk menyertai kuiz terkumpul Tribute P.Ramlee yang bermula sejak 26 Oktober sehingga 28 Disember ini perlu mengumpul 10 jawapan yang diberikan setiap minggu. Setiap peserta juga perlu mencipta slogan paling kreatif (tidak lebih daripada 15 patah perkataan).

Pemenang tempat pertama untuk kuiz terkumpul akan menerima motosikal Modenas GT128, tempat kedua televisyen LED dan telefon bimbit untuk pemenang ketiga.

Tarikh akhir penyertaan adalah pada 31 Januari 2015. Pertandingan ini yang terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja.

Untuk keterangan lanjut, terma dan syarat, sila layari www.rtm.gov.my.