Berasal dari Johor Bahru, Kudien melahirkan single pertamanya berjudul Ruangan Gelap Gerhana ciptaan Edire Hashim, lirik oleh Ad Samad.

Bernaung di bawah label Neo Gendang Records, Kudien muncul dalam segmen Jom Chat pukul 9 malam ini secara langsung bersama seorang lagi penyanyi lelaki, Ayied Saharin.

Ayied yang juga anak kelahiran Johor Bahru meneruskan langkah dalam bidang seni suara dengan mengadakan satu kerjasama bersama komposer yang juga penerbit album yang tidak asing lagi, Rosli Selasih.

Lagu Serindu yang telah siap proses rakamannya di Studio Kayangan Event, menjadi sandaran kepada pemilik nama sebenar, Mohamad Dzul Faies Ismail untuk mengukuhkan tapaknya sebagai penyanyi tanah air.

“Nama kami masih terlalu baharu kepada penggemar muzik tanah air dan memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk terus kekal dalam industri.

“Sebagai muka baharu, kami merasa bertuah dan berterima kasih kerana diberikan ruang dan peluang untuk muncul dalam segmen Jom Chat di Utusan Online malam ini,” kata Kudien dan Ayied. - UTUSAN ONLINE