Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kuala Lumpur diserang 'Oppa'

PARA penonton membanjiri kompleks membeli belah terkemuka Pavilion baru-baru ini. 7
PARA penonton membanjiri kompleks membeli belah terkemuka Pavilion baru-baru ini.

MINGGU lalu, pelakon-pelakon utama filem aksi perang terhangat Korea, The Battleship Island telah 'menyerang' dan menghangatkan Malaysia sempena lawatan promosi selama dua hari di sini.

Nama-nama besar Korea yang membintangi filem blokbuster ini iaitu Hwang Jung-min, So Ji-Sub, dan Song Joong-Ki bersama pengarah filem tersebut Ryoo Seung-Wan, telah membuat penampilan julung kalinya di Malaysia.

Kehadiran mereka telah disambut hebat oleh lebih 10,000 peminat yang tidak sabar-sabar menanti di pintu masuk pusat membeli-belah Pavilion, Bukit Bintang untuk melihat sendiri pelakon-pelakon tersebut dengan lebih dekat pada 9 Ogos lalu.

Ketika majlis ramah mesra bersama peminat di perkarangan Pavilion, peminat fanatik Korea telah mulai membanjiri kawasan pentas utama seawal jam 11 pagi semata-mata untuk mendapatkan posisi terbaik bertemu dengan para pelakon utama yang tiba pada jam 7.30 malam.

Buat peminat fanatik Korea, peluang yang julung kalinya bertemu pelakon hebat Korea yang turun ke Malaysia ini tidak wajar disia-siakan. Rata rata peminat yang hadir bukan hanya dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja, malah juga dari Kedah, Kelantan, Johor dan Sarawak selain warga asing yang bekerja di Kuala Lumpur.

Peminat mereka terdiri dari pelbagai lapisan usia dan bangsa, malah kelihatan beberapa warga emas turut sama dalam keriuhan dan kemeriahan menunggu kemunculan ‘oppa–oppa’ Korea kesayangan mereka ini (panggilan mesra untuk ‘abang’ dalam bahasa Korea).

Mengikuti jejak kejayaan filem Train to Busan, The Battleship Island merupakan satu lagi filem blokbuster Korea yang telah menerima perhatian luar biasa dari seluruh dunia. Ia juga memecahkan mana-mana rekod perfileman di Korea.

Pada hari pertama tayangannya di Korea, filem ini telah berjaya mengutip lebih RM1 juta. Ia merupakan sesuatu yang luar biasa kerana telah berjaya memecahkan mana-mana rekod perfileman di Korea. Filem ini juga turut menembusi 153 buah negara termasuk Malaysia.

Filem yang mula ditayangkan pada 17 Ogos 2017 di seluruh Malaysia ini memaparkan kisah benar di zaman pemerintahan Jepun. Ia berkisar tentang keberanian tiga orang lelaki yang merancang untuk melarikan diri dari kem buruh paksaan di pulau yang dinamakan Pulau Battleship iaitu Hashima Island di Nagasaki bersama-sama dengan 400 tawanan warga Korea di zaman pemerintahan Jepun.

Pelakon-pelakon popular

Filem ini dibintangi oleh aktor popular Song Joong-Ki yang mana namanya semakin popular setelah membintangi drama berjudul Descendants of the Sun.

Selain itu, aktor top Korea yang lainnya adalah So Ji-Sub yang terkenal dengan drama Master’s Sun dan dalam masa yang sama tidak ketinggalan juga beberapa artis seperti Hwang Jung-Min dan Lee Jung-Hyun serta artis cilik Kim Soo-Ahn yang turut juga menjadi salah satu pemain dalam filem The Battleship Island.

Penggambaran filem hebat ini dijalankan pada awal Jun 2016 di daerah Cheongju, Korea Selatan dan selesai pada 20 Disember 2016 di Chuncheon, Korea Selatan. Ia diarahkan oleh pengarah terkenal Ryoo Seung-Wan dan diterbitkan oleh CJ Entertainment yang merupakan salah sebuah syarikat perfileman terbaik di Korea.

The Battleship Island diedarkan oleh Golden Screen Cinema (GSC) Movies dan Clover Films di Malaysia, bersama King Kong Media Productions & The Number 8 Yard.

Lee Kang Ok ( Hwang Jung Ming) merupakan seorang pemuzik hotel yang mengambil keputusan untuk Ke Jepun untuk bersama anaknya. Bagaimanapun, dia diperdaya dan terlibat sama dalam Battleship Island. Merupakan seorang bapa yang sanggup berkorban apa saja untuk melindungi keselamatan anak perempuannya.

Choi Chil-Sung ( So Ji-Sub) pula adalah seorang samseng dalam Battleship Island. Dia gemar membuat onar dan mencari gaduh namun terkenal dengan hati yang baik.

Park Moo–Young ( Song Jong-Ki) adalah seorang perisik yang menyelinap masuk ke dalam Battleship Island untuk menyelamatkan teman temannya.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan