Konsert Ruth Sahanaya - Live At Dewan Filharmonik Petronas yang akan bermula pada pukul 8.30 malam di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) itu diadakan sempena meraikan 30 tahun kecemerlangan kariernya dalam bidang muzik.

Ruth yang terkenal dengan gelaran diva pop, soul dan R & B di sekitar Asia Tenggara itu akan mendendangkan lagu-lagu malar segar dan hits terkininya.

Antara lagu yang bakal didendangkan oleh Ruth adalah Memori, Selamanya, Merenda Kasih, Ingin Kumiliki dan Keliru.

Selain itu, Ruth yang telah mengeluarkan 17 album dan 15 single, kebanyakannya mencapai anugerah platinum akan turut mendendangkan lagu-lagu kegemarannya menerusi segmen tribute.

Bagi yang ingin mengimbau kenangan silam dan menikmati vokal mantap Ruth bolehlah menempah tiket-tiket yang berharga serendah RM150 hingga RM380 di talian 03-23317007 atau e-mel [email protected]

Tempahan juga oleh dibuat di laman sesawang MPO: www.mpo.com.my, Facebook: fb.mpo.com.my atau Instagram: @malaysianphilharmonicorchestra. - UTUSAN ONLINE