Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kini jadi 
Pendidik

Trio KRU mahu terus tabur bakti buat anak bangsa

KUALA LUMPUR 13 JAN 2014 : Fotografi Kumpualn KRU yang dianggotai 6
Kumpualn KRU yang dianggotai oleh Norman , Edry dan Yusry

LEBIH 20 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni tanah air, trio KRU yang dianggotai adik-beradik Norman, Edry dan Yusry Abdul Halim mampu berdiri gah dek bakat yang dianugerahkan Ilahi.

Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dengan kepakaran yang berbeza, ketiga-tiganya bergerak seiring memacu industri kreatif negara ke satu tahap lagi yang boleh dibanggakan.

Maka tidak hairanlah, kerajaan sendiri mengiktiraf dan memberi kepercayaan kepada trio tersebut dengan menawarkan geran khas dalam bidang kreatif sehingga mereka mampu berbangga dengan pembinaan KRU Studios di Cyberjaya.

Bukan itu sahaja, mereka yang dilabelkan legenda dalam industri seni tempatan melangkah setapak lagi mencipta nama apabila menubuhkan akademi sendiri dengan menamakannya KRU Academy yang terletak bersebelahan dengan ibu pejabat mereka.

Dari zaman 90-an ketika muncul sebagai penyanyi rap kegilaan remaja, hari demi hari pelbagai kejayaan ditempuhi sehinggalah KRU Studio dilihat sebagai sebuah organisasi gergasi dalam bidang kreatif tempatan.

Kini mereka telah bergelar usahawan seni yang ternama, malah tidak keterlaluan disebut sebagai pengkarya tempatan tersohor di negara ini.

Tidak cukup dengan itu, selepas penubuhan akademi tersebut, KRU cuba berbakti dalam bidang pendidikan pula.

Bukan bermaksud mahu menjadi warga pendidik, namun mereka mahukan anak bangsa diberi peluang menceburi bidang kreatif dengan bekalan ilmu yang sempurna.

Selaku Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman memberitahu, dia mahu bidang kreatif negara dijadikan sebagai satu industri yang boleh dipasarkan ke luar negara secara meluas.

Sekarang menurutnya, industri kreatif terutama dalam bidang grafik semakin bergiat kembang dan sedang dilihat perkembangannya oleh orang luar.

“Banyak produksi luar negara telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat grafik tempatan terutama dalam membangunkan karya animasi. Ini satu pencapaian yang patut dibanggakan,” katanya.

Tambah Norman, sebelum ini bukannya tidak ramai anak-anak tempatan yang berbakat, cuma mereka sebenarnya kekurangan platform untuk mengembangkan bakat.

Katanya, dahulu institusi pengajiaj tinggi tempatan mempunyai tempat terhad dalam menawarkan kursus berkaitan.

Ditambah pula, hanya kecemerlangan akademik di peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) sahaja yang diterima masuk.

“Dengan penubuhan KRU Academy, kami turut menawarkan latihan vokasional yang membuka ruang untuk golongan berkemahiran secara teknikal, tetapi lemah dari aspek teori.

“Golongan seperti ini jika diberi peluang, mereka juga boleh menjadi insan berjaya walaupun secara teori mereka agak lemah. Setelah beberapa tahun kursus di bawah kelolaan KRU Academy dibuka, kami dapati mereka cukup berbakat dan mempunyai idea yang menakjubkan,” jelas Norman mengenai modal insan yang dibangunkan.

Sementara itu, Edry pula berkata, dia seronok dengan penubuhan akademi kerana ini peluang buatnya berkongsi sesuatu yang diketahuinya dengan sesiapa sahaj yang mempunyai minat sama.

Tutur ahli termuda KRU itu, jika berbual tentang sesuatu yang diminati, jiwanya begitu gembira dan lebih bersemangat untuk berkarya.

“Paling digemari apabila seminar diadakan bersama pelajar Ada pertanyaan diajukan kepada saya. Melihat riak muka mereka yang benar-benar ingin tahu, saya rasa dihargai dan mahu apa yang dicapai hari ini dapat sama dirasakan mereka suatu hari nanti.

“Apapun, segalanya terpulang kepada kegigihan dan usaha masing-masing. Andai benar minat dan berbakat, gunakan peluang yang ada untuk terus menerokai diri sendiri tatkala berada di akademi.

“Hanya diri sendiri yang tahu kebolehan masing-masing, Jangan malu dan segan untuk mencuba kerana kita tidak tahu keupayaan selagi tidak menzahirkannya,” kata Edry memberi nasihat.

Pada masa yang sama, Edry berkata kursus demi kursus akan diperkenalkan dari semasa ke semasa di institusi berkenaan dan buat masa ini hanya fokus dalam bidang animasi terlebih dahulu.

“Segala maklumat boleh diperoleh daripada laman sesawang KRU Academy,” tambahnya.

Dalam pada itu, Yusry ketika diminta mengulas mengenai penubuhan akademi tersebut berkata, mereka bertiga bukanlah insan yang arif dalam dunia pendidikan tetapi mahu berkongsi pengalaman dan kemahiran yang ada kepada golongan yang berminat.

“Sebab itulah kami bukan tenaga pengajar dalam akademi. Peranan kami adalah sebagai penasihat dan fasilitator. Segala ilmu yang kami peroleh ketika belajar dahulu dan pengalaman dalam bidang seni tempatan, dikongsikan kepada pelajar menerusi beberapa sesi yang diadakan.

“Tugas mendidik diserahkan kepada barisan pensyarah yang telah dilantik dan dipertanggungjawabkan. Orang kata, serah kepada yang pakar. Kami tidak mahu memandai-mandai sekali gus merosakkan masa depan pelajar.

“Walaupun akademi ini lebih fokus terhadap praktikal, kami menggalakkan pelajar memahami aspek teori sebaik-baiknya. Kita mahu mereka berdaya saing dan menjadi ketua, bukan sekadar jadi kuli sampai bila-bila,” kata Yusry.

Jelasnya, sepanjang berada dalam akademi berdasarkan kursus yang diambil, pelajar-pelajar di sini tidak jauh bezanya dengan siswa-siswi di universiti atau kolej lain.

“Kelas-kelas teori dan praktikal diseimbangkan untuk membentuk tenaga mahir yang benar-benar mampu menyumbangkan sesuatu untuk industri kreatif negara,” ujarnya.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan