Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kim Byung Man lebih masa di hutan

Kim Byung Man 2
Kim Byung Man

MULAI 23 Mei ini, penonton berpeluang menonton program Law of the Jungle in Wild New Zealand yang disiarkan pada pukul 11 malam di saluran One HD (Astro 393).

Berikut adalah temu bual dengan Kim Byung Man, orang kuat program Law of the Jungle sejak lima tahun lalu.

Sudah lama anda dengan program Law of the Jungle ini. Tidakkah anda rasa letih setiap kali menjalani penggambaran?

Sudah tentu ada masanya saya rasa letih dan sering bertanya kepada diri sendiri, bagaimana saya nak buat program itu agar nampak menarik pada pandangan penonton. Bagaimana nak mendekati penonton dengan bahan yang baharu agar setiap kali ke udara akan membawa keseronokan kepada penonton.

Saya masih lagi dengan program ini kerana saya mahu mencabar kredibiliti diri, sama ada masih bertenaga atau sebaliknya bila berada di lokasi. Program ini juga menguji kesabaran saya.

Contohnya, dalam usaha untuk mendapatkan pemandangan menarik di dasar lautan, saya terpaksa belajar selam skuba. Saya juga belajar meluncur udara untuk merakam pemandangan hutan yang menarik. Sekarang ini saya belajar menunggang kuda pula.

Program diteruskan kerana mendapat sambutan menggalakkan. Apa yang mahu anda sumbangkan bagi memastikan program ini terus diminati ramai?

Saya fikir program ini diminati kerana nilai-nilai tersendiri, lagipun semua generasi seronok menonton program tersebut. Buktinya kalau saya pergi ke mana-mana, orang kenal saya daripada program Law of the Jungle.

Yang lebih penting, menerusi program tersebut orang ramai dapat melihat bagaimana selebriti berusaha untuk hidup dalam hutan. Contohnya, apabila anggota kumpulan wanita atau lelaki berjaya tangkap binatang liar atau lebih kelakar apabila tengok aktor kacak takutkan serangga. Aksi-aksi selamba itu adalah daya tarikan utama dalam program ini. Tambahan pula menerusi program ini, kita dapat melihat wajah-wajah sebenar selebriti tanpa solekan.

Dalam sebulan berapa hari diperuntuk untuk penggambaran Law of the Jungle? Tidakkah anda merindui keluarga?

Untuk satu musim sahaja, saya perlu jalani penggambaran dua atau tiga minggu dan kadang-kadang terlajak sampai empat minggu kalau hutan itu terlalu jauh. Setiap musim, program tersebut akan ditayangkan selama dua atau tiga bulan.

Bagi saya, setiap kali balik dari menjalani penggambaran, saya akan pastikan dapat waktu rehat selama sebulan sebelum pergi menjelajah ke hutan baharu.

Selain itu, saya juga ada jadual kerja lain di Korea dan sejujurnya masa saya dengan keluarga amat terhad.

Bila lama berada di dalam hutan, adakan anda rasa sukar untuk diadaptasikan dengan kehidupan seharian anda?

Saya tak pernah rasa janggal atau susah untuk adaptasi dengan persekitaran, tak kiralah di dalam hutan atau di bandar. Saya banyak berada di luar bandar kerana sering menjalani penggambaran untuk program-program lain juga. Apa pun saya gembira kerana dapat menimba pengalaman baharu.

Menjadi sebahagian daripada kru Law of the Jungle, adakah program itu menggubah kehidupan anda?

Tak banyak berubah melainkan warna kulit saya semakin gelap dan berkedut. Law of the Jungle merupakan program yang saya mahu lakukan. Sewaktu kanak-kanak, saya suka berlari di kaki gunung dan menangkap ikan, bina rumah dengan kayu-kayu terbiar. Itulah kenangan manis yang masih kekal dalam minda saya sehingga hari ini. Saya fikir juga kalau kenangan itu dapat dikongsi dengan penonton dan inilah program yang saya nanti-nantikan.

Apa sebenarnya peranan anda dalam program tersebut? Tidakkah anda rasa terbeban apabila diberi tanggungjawab sebagai ketua?

Sebenarnya saya lebih suka menggelar diri sebagai penunjuk arah dalam hutan atau pembantu. Impian saya adalah untuk membantu siapa saja yang muncul dalam program itu mengalami pengalaman baharu dan kembali dengan selamat.

Destinasi manakah yang memberikan kenangan paling indah dan menyukarkan?

Sungguh menakutkan apabila saya menjalani penggambaran di hutan Amazon berbanding hutan lain kerana Amazon amat berbeza. Setiap masa di situ ada sahaja kesukaran yang perlu dihadapi. Saya rasa biar di hutan mana kita berada, susah atau senang bergantung kepada rakan yang ada bersama-sama kita ketika itu.

Sepanjang penggambaran, anda telah makan pelbagai jenis makanan. Makanan apa yang paling sedap dan paling teruk?

Di New Zealand, saya dapat menangkap udang krai yang lebih besar daripada udang kara dan rasanya memang enak. Makanan paling teruk yang pernah saya rasa adalah apabila saya makan larva sewaktu di Afrika, rasanya seperti beg plastik yang penuh kotoran.

Apa persiapan anda sebelum pergi ke sesuatu tempat untuk penggambaran?

Selalunya saya akan buat penyelidikan tentang tempat berkenaan sebelum saya pergi. Saya banyak membaca buku dan bertanya orang untuk mendapat nasihat termasuk daripada profesor.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan