Dia yang berusia 59 tahun memberitahu, sejak disahkan menghidap penyakit ‘bell’s palsy’, iaitu kelemahan pada sistem otot sejak 2000, keadaan itu membataskan pergerakan dan aktiviti hariannya.

Ekoran penyakit itu, fizikalnya tidak kuat menyebabkan dia mudah terjatuh secara tiba-tiba.

“Saya kerap terjatuh secara tiba-tiba, sama ada ketika berjalan mahupun hendak memakai pakaian.

“Jika diikutkan hati, keinginan untuk menyanyi itu memang ada, namun kesihatan tidak mengizinkan,” katanya ketika ditemui di kediaman adiknya di Taman Johor Jaya, di sini .

Aida menerima kunjungan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air, Datuk DJ Dave yang turut menghulurkan sumbangan kepada penyanyi yang pernah memeriahkan industri seni tanah air suatu masa dahulu itu.

Dia kini menetap bersama-sama adiknya kerana kediamannya di Majidee Baru terbengkalai.

Selain dibantu adik beradik dan ahli keluarga, penyanyi itu kini bergantung hidup dengan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. - UTUSAN ONLINE