Baru-baru ini, pelakon itu sendiri mendedahkan yang kes tersebut telah selesai dan bermakna dia kini bebas daripada peristiwa hitam tersebut. Dia juga tak mahu mengungkit kembali apa yang berlaku dan mahu segera melupakan segala-galanya.

Terdahulu dalam kejadian berkenaan, Uqasha terlibat dalam satu kemalangan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Rentetan daripada kemalangan itu pihak polis menjumpai pil eramin 5 namun ujian air kencingnya pula negatif.

Eloklah kalau dah selesai. Agaknya adalah yang tolong selesaikan tu. Apapun, selepas ini Uqasha sendiri kena berhati-hati dalam pergaulan maklumlah dia sendiri pernah mengatakan kemungkinan ada unsur sabotaj sebelum ini. Jadi kena pandai pilih kawan dan tinggalkan terus kawan-kawan yang membawa padah.

Dalam dunia artis ni isu dadah memang tak dapat dipisahkan, tetapi bukan semua macam tu. Penjual dadah memang suka himpit golongan artis sebab mereka tahu ‘puak-puak’ ni banyak duit dan sanggup berhabis untuk perkara itu.

Ini juga peringatan untuk artis lain agar tidak terjebak dengan benda yang boleh merosakkan diri sendiri. Kerana nak ‘seronok’ seketika, musnah masa depan.