Kerana pizza

berang

iggy Azalea
Iggy Azalea

SUSAH juga menjadi orang terkenal dan glamor. Mahu buat pesanan pizza umpama mengundang bala.

Itu yang berlaku kepada penyanyi Iggy Azalea selepas dia mendapati sebuah restoran pizza di Amerika Syarikat (AS) telah mendedahkan dan menyebarkan nombor telefonnya kepada umum.

Penyanyi yang popular dengan lagu Fancy itu dikatakan begitu bengang dengan restoran pizza tersebut dan hal itu didedahkan Iggy menerusi dalam laman sosial pada minggu lepas.

“@XXXXXX adalah pizza kegemaran saya. Tetapi penghantar pesanan pizza mereka nampaknya sewenang-wenangnya memberi nombor telefon anda kepada kaum keluarga mereka,” tulisnya.

Menurut Iggy, dia telah memesan pizza daripada restoran tersebut namun tidak sampai setengah jam kemudian, dia dihujani panggilan telefon dan pesanan ringkas di telefon bmbitnya.

Menganggap tindakan pekerja restoran tersebut tidak beretika, Iggy menuntut penjelasan daripada pihak terbabit.

“Mendedahkan data peribadi seseorang kepada umum? Ini langsung tidak kelakar.

“Saya menuntut pihak restoran terbabit untuk memberikan penjelasan bernas mengenai hal ini sebelum saya membuat tindakan undang-undang terhadap pihak anda,” tulisnya lagi.

Mengakui amat kesal dengan tindakan pekerja restoran berkenaan, Iggy nekad untuk membawa hal tersebut ke mahkamah kerana menganggap hak pribadinya telah dicerobohi.

Bagaimanapun difahamkan, pihak restoran terbabit telah mengambil tindakan terhadap pekerja yang dikenal pasti menyebarkan nombor telefon Iggy kepada umum baru-baru ini.

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati