Jika ada yang menjadi pengikut Instagram miliknya, pasti tahu serba sedikit perjalanan hidupnya sejak bergelar duda. Kalau selalu sangat ‘berangan’ tu tentunya membuatkan orang pelik dan tertanya-tanya adakah dia okey.

Mary tak ada masalah dengan gambar atau pun kapsyen yang diletakkan tetapi pelik sebab dia membahasakan dirinya Putera Kayangan. Kalau sekali sekala tu tak mengapa juga, kalau kerap?

 

Tak ke macam ada sesuatu.

Ada dalam kalangan rakan terdekat yang menganggap dia sekadar bergurau dengan peminat. Iyalah, kalau nak serius sahaja sampai bila pula? Kena ada ‘longgar’ sikit-sikit kan. Tapi kalau dah terlalu ‘longgar’ risau pula ada skru tercabut. Opss!

Bila dirisik-risik ada yang mendedahkan Nazim sebenarnya tertekan dengan penceraian yang melanda dirinya. Tambahan pula bekas isterinya pun sudah bertunang dan mahu bernikah tak lama lagi, pastinya perkara itu memberikan tekanan.

Mary faham memang ada pasangan yang akan stress dan tertekan bila bekas pasangan mereka jumpa orang baharu. Ada segelintir bekas pasangan pula seperti berlawan, eh, ini kisah benar tau, bukan tipu.

Tak cukup dengan itu ada pula yang mengatakan Nazim dan Bella Daly sebenarnya bermusuhan. Dekat Instagram mengaku hubungan mereka baik tapi hakikat sebenar tidak. Fuhhhh, seram pula Mary dengar.

Entahlah, payah juga hendak memikirkannya, sepatutnya sudah boleh move on. Tak payahlah nak diungkit lagi apa yang telah berlaku, buat pening kepala sahaja.

Lagi satu Bella pun dah jumpa orang baharu, tak perlu lagi nak diungkit kisah lama. Kepada Nazim pula sabarlah. Kehidupan ni memang penuh dengan cabaran, jangan ikutkan sangat emosi tu wahai Putera Kayangan.