Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kenangan Fazley bersama arwah bapa diterjemah dalam klip video

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memilih berkongsi kenangan dengan Allahyarham bapanya, Datuk Yaakob Mohammad melalui video muzik single terbaharunya berjudul Ketiadaan.

Menurut Fazley, Ketiadaan tidak sekadar mengimbau kembali kenangan dengan Allahyarham ayahnya, tetapi juga mereka yang rapat dengan dirinya.

“Lagu Ketiadaan adalah refleksi kepada saya selepas pemergian ayah saya. Tetapi dalam masa yang sama juga lagu ini bukan sekadar kisah saya sebab mereka di luar sana juga pernah merasai kehilangan orang tersayang.

“Selain kembali ke lokasi seperti Perancis dan Australia yang banyak menyimpan kenangan saya dan ayah, dalam video ini juga saya paparkan kejayaan yang tidak sempat diraikan bersama,” katanya.

Ditanya mengenai rancangan dalam mempromosikan lagu ini, Fazley berkata, dia akan membuat jerayawara ke seluruh negara tidak lama lagi.

“Sebenarnya peminat saya terbahagi kepada dua, satu golongan yang memang tahu saya seorang penyanyi dan golongan satu lagi memang tahu saya sebagai seorang chef.

“Jadi saya ambil peluang untuk mengadakan promosi lagu ini kelak dengan memasak dan menyanyi. Maknanya sambil saya masak saya juga akan menyanyi. Bagi saya ini kelainan yang akan dibawakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan