Awi Rafael dan Atikah Suhaimi bertunang pada 17 Mac lalu. Foto: Instagram Awi Rafael

Jelasnya, perkenalan tersebut mula menjadi serius sejak lima bulan lepas dan akhirnya diikat dengan tali pertunangan yang berlangsung 17 Mac lepas.

“Hubungan kami terjalin secara natural. Kami berkenalan kira-kira lapan tahun lalu dan ketika itu saya masih teman lelaki Hanez.

“Bila jumpa dia lima bulan lepas, kami mengambil keputusan untuk bertunang. ‘Dating’ pun sekali sahaja. Itu pun bertemankan mak saya,” katanya yang ditemui semasa sidang akhbar Gema Gegar Vaganza musim kedua di sini hari ini.

Awi bakal berentap dengan 10 peserta berkumpulan dan solo antaranya Farah Asyikin, Mestica, In-Team dan Ippo Hafiz bagi merebut gelaran juara yang disandang UNIC tahun lepas.

Dalam pada itu, Awi berkata, sifat penyabar dan positif Atikah membuka hatinya serta membuatkan dia lebih bersedia untuk bergelar seorang suami.

“Saya berkawan lama dengan Atikah. Sedikit demi sedikit, saya lebih mengenali dia dengan lebih dalam. Sangat baik dan rapat dengan keluarganya,” katanya. - UTUSAN ONLINE