Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kembali selepas empat tahun

KENANGAN... Fazura sempat merakamkan gambar swafoto dengan para peminatnya di Kota Kinabalu, Sabah b 2
KENANGAN... Fazura sempat merakamkan gambar swafoto dengan para peminatnya di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Memiliki raut wajah yang jelita, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 33, nyata tidak menang tangan untuk melebarkan bakat dalam bidang lakonan dan nyanyian yang sudah sebati dalam diri.

Tahun 2017 juga pastinya tahun yang sibuk buat pelakon filem J Revolusi itu. Masakan tidak, beliau yang kini kembali ke set penggambaran drama baharu Hero Seorang Cinderella sedikit sebanyak mengubati kerinduan peminat untuk melihat aksi aktres jelita itu.

“Keputusan saya bersetuju menerima tawaran ini adalah untuk peminat-peminat yang merindui lakonan saya menerusi drama.

“Selepas empat tahun saya kembali ke layar kaca. Sebelum ini bukan tiada tawaran. Saya banyak ditawarkan untuk berlakon filem di Malaysia dan Indonesia,” katanya bertemu ditemui di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Jelas Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 itu lagi, bergandingan dengan pelakon Fattah Amin dalam drama yang akan ditayangkan pada Ramadan itu memberi satu pengalaman yang cukup istimewa.

Walaupun baru seminggu menjalani penggambaran bersama-sama, Fazura yang popular dengan watak Khadijah dalam filem Langit Cinta yakin Fattah Amin seorang pelakon profesional, baik dan bekerja keras.

Malah dia juga yakin peminat tidak akan membandingkan dirinya dan Fattah Amin dalam drama tersebut.

“Saya rasa masing-masing mempunyai kelebihan dan bakat tersendiri selain saya gembira bekerja dengan Fattah.

“Saya akui pada hari pertama penggambaraan memang wujud perasaan gementar antara kami. Namun setelah seminggu, saya melihat wujud keserasian dan dia seorang pelakon yang profesional.

“Kami juga mempunyai dua bulan untuk menjalani penggambaran bersama-sama dan pastinya keserasian akan wujud,” jelas penyanyi lagu Sayangi Dirimu itu lagi.

Mengulas mengenai perkembangan bidang nyanyian, jelas anak kelahiran Pekan, Pahang itu, setakat ini, tiga buah lagu telah berjaya dirakamkan.

Ujarnya, ekoran kesibukan menjalani penggambaran drama, terdapat lima buah lagu lagi yang masih belum dirakamkan dan dijangka disiapkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“Ada lima lagi lagi yang belum saya rakamkan dan saya menjangkakan akan menerbitkan album baharu sebelum atau selepas Hari Raya,” katanya yang turut bekerjasama dengan penyanyi dari Filipina, Jason Dy.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan