Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kembali dengan konsert

Ulang tahun ke-25, KRU mahu imbas nostalgia

(DARI kiri) Yusry, Edry dan Norman bergandingan dengan Zizan mendendangkan
(DARI kiri) Yusry, Edry dan Norman bergandingan dengan Zizan mendendangkan lagu Adiwira untuk filem Cicakman 3.

SETELAH hampir suku abad bergiat aktif dalam bidang seni negara dengan melakar pelbagai kejayaan tersendiri serta peribadi bagi setiap ahlinya, KRU pada tahun ini merancang untuk meraikan ulang tahun ke-25 dengan sebuah konsert gemilang pada 2017 nanti.

Masih lagi di peringkat cadangan, Norman Abdul Halim, 43, selaku ketua trio berkenaan berjanji mahu menyambut detik bersejarah dan penuh makna itu dengan para peminat yang sentiasa menyokong mereka.

Tambah Norman, walaupun perincian mengenai sambutan ulang tahun tersebut belum boleh diperkatakan sebab masih terlalu awal, namun dia pasti konsert yang bakal diadakan semestinya akan mengimbas semula detik awal pembabitan ketiga-tiga beradik itu di arena seni tempatan.

“Apa yang pasti, barisan lagu yang mempopularkan kami di tanah air dan antarabangsa akan menjadi intipati konsert itu nanti. Ini kerana, lagu-lagu tersebut mempunyai kisah tersendiri serta nilai sentimental yang tinggi.

“Ramai yang membesar dengan lagu-lagu kami dan menyukainya. Sebab itu walaupun pada usia begini, kami akan cuba mencari stamina untuk mempersembahkan lagu-lagu hit kami sebaik mungkin.

“Mungkin gerak-geri kami tidak akan selincah dahulu ketika remaja, tetapi kami janji untuk buat yang terbaik demi peminat KRU,” janji Norman, mewakili adik-adiknya, Yusry dan Edry.

Dalam pada itu, Edry, 39, selaku insan kreatif dalam bidang muzik menambah, pihaknya kini sedang giat menambah beberapa koleksi lagu baharu sebagai bekalan untuk melangsungkan konsert itu.

“Kami sedar sesebuah konsert memerlukan puluhan lagu yang banyak agar perjalanannya lancar dan menjadi. Ya, KRU sudah mempunyai koleksi lagu sendiri tetapi karya baharu tetap diperlukan supaya konsert itu nanti nampak menarik dengan pecahan segmen mengikut perubahan zaman.

“Ini adalah perancangannya dan berharap semuanya tiada masalah menjelang dua tahun lagi. Kami akan membuat pilihan lagu bersesuaian untuk dinyanyikan kami sendiri,” katanya selaku komposer.

PADA masa yang sama, KRU turut melancarkan single terbaharu mereka berjudul Adiwira sempena penerbitan filem trilogi Cicakman 3 yang diterbitkan oleh KRU Studios.

Dalam lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Edry itu, ia menampilkan pelakon utamanya, Zizan Razak sebagai penyanyi rap, sekali gus mencatat rekod tersendiri dalam industri hiburan tempatan.

Menurut Yusry, 42, buat pertama kalinya, penerbit iaitu Norman, komposer (Edry), pelakon (Zizan) dan dirinya sendiri sebagai pengarah bergabung menyanyikan lagu tema filem berkenaan.

“Seingat saya, belum pernah lagi penerbit, pengarah, komposer skor muzik dan pelakon utama bersatu menyumbangkan suara dalam lagu tema sesebuah filem. Ini adalah kali pertama ia berlaku dalam sejarah hiburan negara.

“Ini bukan disengajakan tetapi kebetulan. Selepas Zizan mendesak KRU untuk menyanyikan lagu Adiwira bersamanya, selepas rakaman, barulah saya sedar sejarah ini tercipta. Kami berbangga dengan kerjasama yang dilakukan ini,” jelas Yusry.

Jelas Edry selaku komposer, single Adiwira bukan sekadar mengangkat Cicakman selaku hero, malah sebaliknya lagu pembakar semangat untuk sesiapa jua.

“Liriknya sesuai sebagai pemangkin setiap orang yang sebenarnya di dalam diri mereka ada sifat pejuang atau hero yang mahukan kebaikan. Jadi ia sesuai untuk semua pendengar,” jelasnya.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan