Kira-kira 60 peminat berkumpul di Westfield Mall pada Khamis lalu untuk menonton Gaga menyanyikan lagu-lagu hitsnya termasuk Bad Romance dalam versi akustik di atas pentas istimewa yang direka khas.

Gaga kemudian dilihat turut bergambar dengan beberapa peminatnya yang memena­ngi tiket untuk menyaksikan persembahan berkenaan melalui pertandingan dalam talian di laman sesawang pusat beli-belah tersebut.

Album Joanne yang merupakan album keempat Gaga, telah digambarkan oleh ramai pengkritik sebagai karya paling jujur pernah dihasilkan penyanyi berusia 30 tahun itu.

“Anda tahu, semasa cuti saya suka bersama keluarga dan perkara itu adalah sebab utama saya memilih untuk menghasilkan Joanne.

“Saya rasa wang dan kemasyhuran sebagai selebriti tidak benar-benar menjamin kebahagiaan. Apa yang pa­ling utama adalah ke­luarga, persaha­batan dan kasih sa­yang 
serta kebaikan,” katanya. – REUTERS