Menariknya, berita kehamilan sulung Kardashian hasil hubungan dengan teman lelakinya pemain bola keranjang Tristan Thompson diketahui selepas Jenner juga disahkan mengandung dan bakal melahirkan bayi perempuan.

Dalam masa yang sama, Kim Kardashian dan suaminya Kanye West juga sedang menanti kelahiran anak ketiga menerusi ibu tumpang pada Februari ini.

Bagaimana pun kehamilan Jenner, 20, yang kini mencecah empat bulan ini kurang disenangi oleh keluarga Kardashian lantaran hubungannya dengan dengan penyanyi rap Travis Scott masih terlalu baharu.

Malah usia Jenner sendiri pun dianggap masih muda dan tidak sesuai untuk menimang cahaya mata.

Apa pun, para peminat tegar Kardashian dan Jenner rata-ratanya tidak sabar untuk melihat perkembangan yang berlaku dalam keluarga selebriti ini dengan kehadiran tiga bayi tidak lama lagi. – UTUSAN ONLINE