Keith ketika dihubungi Utusan Online berkata, dia bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi namun setakat ini masih belum mempunyai nama untuk bayi pertamanya itu.

Pelakon yang kini sedang bercuti bersama isterinya, Kim Raymond di Melbourne itu juga memohon agar semua pihak mendoakan yang terbaik untuk keluarganya yang sedang menanti penuh debar kelahiran bayi tersebut.

“Kandungan Kim sudah memasuki usia enam bulan. Dia dan bayi dalam kandungan juga dalam keadaan sihat. Tiada masalah setakat ini. Kami sudah imbas kandungan dan bayi itu adalah perempuan.

“Setakat ini, kami belum menetapkan nama untuk bayi itu. Nanti bila sudah sampai waktunya, baru kami akan tetapkan. Setakat ini, saya cuma doa agar Kim dan kandungan sentiasa sihat sehingga detik kelahiranya,” katanya. -UTUSAN ONLINE.