Bagaimanapun apa yang berlaku adalah sebaliknya.Sekadar meraih satu anugerah daripada lima kategori pencalonan Anugerah Golden Globes ke-76 di California, Amerika Syarikat (AS), Isnin lalu. Ini adalah satu berita mengecewakan buat peminat dan penyokong filem tersebut.

Dianggap mengejutkan, Bradley cuma mampu berpuas hati dengan kemenangan pasangannya dalam filem itu, Gaga yang membawa pulang anugerah kategori Lagu Filem Terbaik.

Menerusi lagu berjudul Shallow, Gaga dalam majlis berprestij itu dilihat mengukir senyuman dalam tangisan apabila namanya diumumkan sebagai pemenang kategori itu.

Rata-rata penyokong menganggap ia tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana bagi mereka Gaga dan Bradley telah mempersembahkan lakonan mantap selain nyanyian yang memukau menerusi naskhah itu.

Sekurang-kurangnya, Gaga wajar menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik memandangkan lakonan buat julung kalinya dalam filem itu dilihat sangat bermutu dan tidak menghampakan.

Akur keputusan kemenangan lebih berpihak kepada aktres Glenn Close untuk filem The Wife, Gaga sempat melayangkan ucapan tahniah buat Glenn meski trofi Pelakon Wanita Terbaik bukan miliknya.

“Dia sebenarnya sudah bersedia untuk mendengar khabar gembira mengenai beberapa kemenangan filem A Star Is Born untuk Anugerah Golden Globes.

“Gaga juga sudah terlebih dahulu menulis ucapan penghargaan malah berlatih untuk berucap di pentas untuk meraikan kemenangan filem itu.

“Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bohong andai dikatakan dia tidak kecewa dan bersedih kalah di tangan Glenn. Sepanjang masa dia cuba mengawal emosinya dalam majlis itu,” kata sumber terdekat Gaga.

Bersyukur

DISIFATKAN kalah teruk dalam Anugerah Golden Globes bagaimanapun, Gaga bersyukur dirinya tidak pernah surut dengan sokongan peminat.

Menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan pelayar Internet, penyanyi dan aktres hebat ini melahirkan rasa gembiranya kerana sekurang-kurangnya A Star Is Born tidak pulang dengan tangan kosong.

“Gembira dengan kemenangan Shallow, Gaga sudah tentu mengharapkan lagu itu mampu meraih banyak anugerah pada majlis tersebut,” tambah sumber lagi.

Melihat kegagalan A Star Is Born, Gaga, Bradley serta keseluruhan tenaga produksi filem itu meletak satu pengharapan bahawa sejarah dapat diukir menerusi Anugerah Oscar pula.

Sebelum ini, Gaga pernah meraih kemenangan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik TV Golden Globes menerusi American Horror Story: Hotel