Kedua-duanya sememangnya cukup menyayangi adik mereka walau berbeza ibu. Sepanjang majlis berlangsung, suasana ceria dengan gelak tawa mereka tidak henti-henti. Sementara Anang pula yang sememangnya sukakan acara kekeluargaan seperti ini dilihat sibuk melayani tetamu yang hadir. 

Mereka sekeluarga memilih tema pakaian tentera untuk meraikan ulang tahun kelahiran Arsya yang pertama di sebuah hotel mewah di Jakarta. Gembira adik tirinya membesar dengan sihat, Azriel memuat naik sekeping gambar keluarga dengan keterangan yang membawa erti sangat mendalam. 

“Keluarga yang baik dimulai dengan cinta, dibangunkan dengan kasih sayang, dan dipelihara dengan kesetiaan,” tulis Azriel di laman Instagram peribadinya baru-baru ini.

Ternyata apa yang ditulisnya itu mendapat perhatian netizen yang menganggap dia seolah-olah memerli ibu kandungnya sendiri, Krisdayanti. Sehingga ramai yang meninggalkan komen seakan memahami apa yang pernah dilalui oleh Azriel di atas perpisahan ibu bapanya dahulu.

Ramai di kalangan pengikut Instagram yang tersentuh dan memberi maklum balas di atas kata-kata yang ditulis oleh Azriel. Antaranya “So sweet @azriel_hermansyah. Semoga selalu bahagia bersama keluarga,” ujar pemilik akaun @febrian.keblek. 

Tidak kurang juga yang berpendapat Azriel sepertinya menyindir rumah tangga Anang dan Krisdayanti yang pernah gagal di tengah jalan suatu ketika dulu. “Kenapa ayatnya seperti menyindir mummy ya,” ujar @chammy250. 

Komen berani dikatakan mengaitkan KD dan keluarga baharunya yang tidak kelihatan di majlis yang sama.

Biarpun menerima undangan untuk sama-sama meraikan majlis ulang tahun tersebut namun kelibat KD tidak kelihatan pada acara tersebut. 

Namun kehadirannya diwakili oleh dua orang buah hati kesayangannya iaitu Amora dan Kellen Lemos.

Enggan sembunyi kecewa

Ternyata, benar sekali ketidakhadiran KD cukup mengecewakan Azriel dan Aurel yang meraikan acara bersifat kekeluargaan tersebut.  Dek kerana itu Aurel cuba memprotes dengan meninggalkan komen di salah satu foto KD.

“Tak pernah datang kalau diundang,” tulis Aurel Hermansyah di laman komen salah satu gambar KD dengan berani. 

Bertambah panas apabila anak lelaki turut memberi komen berbaur serupa yang mempersoalkan tindakan KD itu. 

“Tak datang majlis Arsya,” kata Azriel pula di laman yang sama, juga seakan memperli ibunya.

Pun begitu biarpun tidak dapat meraikan sambutan hari lahir tersebut diva popular itu tetap mengirim doa buat Arsya Hermansyah. Alasannya kukuh, kerana pada hari yang sama, KD terpaksa menghadiri acara lain bersama suaminya Raul Lemos.

Biarpun gagal mempertahankan rumah tangga nya dengan Anang Hermansyah, ibu kepada empat orang anak itu masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas suaminya yang kini sudah pun berkahwin dengan Ashanty. Malah dia juga turut mempunyai hubungan yang baik dengan isteri baru bekas suaminya itu. 

“Hubungan KD dan Ashanty semakin hari semakin rapat tak ubah seperti kakak dan adik. Malah Ashanty dilihat cukup manja di sisi KD,” ujar satu sumber yang rapat dengan penyanyi ini. 

KD dan dua anaknya itu saling berbalas komen apabila bercakap soal hubungan mereka. Sebelum ini KD pernah meluahkan rasa kecewa kepada media akan sikap si anak yang dikatakan semakin menjarakkan diri darinya.