Sebaliknya jelas adik kepada pelakon popular, Fasha Sandha ini, dia hanya berkawan rapat dengan Uzair dan sudah mengenali pemuda tersebut sebelum bergelar seorang pelakon lagi.


“Mana ada kami bercinta. Kami cuma berkawan rapat sahaja. Lagipun saya dah kenal dengan Uzair sebelum bergelar pelakon. Itu semua gosip sahaja. 


“Lagipun kami masih muda dan rasanya belum tiba masa untuk saya sendiri menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa. Lebih baik saya fokus kerjaya seni yang baru bermula.


“Sebenarnya kami sudah lama tidak berhubung, tetapi hari itu terserempak di sebuah restoran dan sejak itu kami kembali berkawan rapat,” katanya.


Hubungan rapat mereka mula mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat apabila Elisya di lihat sering memuat naik gambar bersama anak kepada penerbit terkenal itu. - UTUSAN ONLINE