Pelakon drama bersiri Teman Lelaki Upahan itu berkata, ramai pihak menggangap dia dan suami, Shamsul Baharin Rahman, 45, mempunyai masalah rumah tangga gara-gara mereka masih belum mempunyai anak walaupun sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Mengagumi Datuk Siti Nurhaliza, Elizad mahu mengambil semangat dan mempelajari cara penyanyi nombor satu Negara itu dalam menjawab pelbagai soalan-soalan nakal masayarakat tentang zuriat.

“Bayangkan, bertahun-tahun dia menjawab soalan tentang zuriat dengan senyuman. Dia cukup tenang dan tidak pernah melenting walau sekali pun.

“Bila dia tenang sahaja, ramai peminat yang mendoakannya. Saya turut menangis bila menonton video semasa dia mengumumkan kehamilannya.,” katanya. - UTUSAN ONLINE