Kumpulan pop ternama dari Amerika Syarikat itu mendendangkan kira-kira 16 buah lagu hits mereka termasuk lagu-lagu ciptaan Ryan Tedder untuk Ed Shereen dan Aloe Black seperti Halo serta Wake Me Up.


Menurut Tedder, ini adalah kali ketiga kumpulan OneRepublic mengadakan persembahan di Malaysia.


“Kedatangan kali ini paling seronok kerana sebelum itu persembahan kami terganggu kerana cuaca tidak begitu elok.


“Kali ini kami juga berpeluang membuat beberapa rakaman visual. Harap anda semua dapat melihatnya dalam karya baharu kami nanti,” katanya.


Selain Tedder, kumpulan yang ditubuhkan pada 2002 itu turut dianggotai Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bes/cellovokalis).


Tambah Tedder, Malaysia merupakan destinasi terakhir mereka bagi rantau Asia sebelum berehat untuk memberi tumpuan pada projek lagu baharu.


“Sebenar kami paling suka apabila mengadakan persembahan di Asia. Bayangkan sebelum datang ke sini, keadaan cuaca di negara kami sejuk. Di sini keadaannya panas dan itu yang kami suka,” kongsi Tedder.


OneRepubluc menamatkan persembahan anjuran WGW Entertainment itu dengan lagu hits mereka Counting Stars dan Live Run Out.


Sepanjang perjalanan kerjaya muzik mereka, OneRepublic telah memenangi beberapa anugerah muzik dan pernah tercalon dalam pelbagai anugerah termasuk Anugerah Grammy, Anugerah American Music dan Billboard Music. - UTUSAN ONLINE