Awi Rafael semakin setabil selepas dilanggar kereta.

Jurucakap syarikat rakaman Warner Music Malaysia, Sabrina Azman ketika dihubungi memberitahu, Awi yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya dilanggar sebuah kereta dari arah bertentangan.

“Difahamkan, pemandu kereta itu yang mahu membelok ke kanan untuk masuk ke simpang tetapi tidak perasan kehadiran Awi dari arah hadapan. Maka, berlaku pelanggaran yang mengakibatkan Awi terpelanting dan bergolek ke atas bonet belakang kereta berkenaan sebelum terjatuh di atas jalan raya.

“Akibatnya, Awi mengalami kecederaan di bahagian bawah lutut kaki kanannya yang berlubang serta tapak kaki kirinya koyak. Bagaimanapun Awi bernasib baik kerana pemandu kereta itu menghantarnya ke Pusat Perubatan Tropicana berdekatan untuk mendapatkan rawatan,” cerita Sabrina. - UTUSAN ONLINE