Jelasnya walaupun agak tertekan melihat rakan-rakannya yang lain sudah berumah tangga namun itu bukan bermakna dia perlu gopoh dalam soal jodoh ini.

“Bila tengok orang lain sudah kahwin dan ada anak, saya berfikir positif untuk mengatakan suatu hari saya juga akan bertemu jodoh.

“Ikutkan saya sudah hampir setahun putus cinta dan dalam tempoh itu memang ada yang cuba mendekati tetapi tidak menjadi,” katanya ketika ditemui di majlis perlancaran single terbaharunya berjudul Sibuk di Damansara sebentar tadi.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 29, lagi ketiadaan kekasih juga memberi peluang untuk dia memberi tumpuan kepada bidang lakonan dan nyanyian.

“Sebab itu saya lebih suka sibukkan diri dengan kerja, lebih senang sebenarnya sebab boleh fokus.

“Lebih penting boleh habiskan waktu bersama keluarga juga,” kongsinya lagi.

Sementara itu menurut Kaka, video muzik untuk single Sibuk ini akan dilancarkan pada 3 Ogos depan. Selain itu Sibuk turuy menampilkan Alif yang juga penerbit untuk single itu. - UTUSAN ONLINE