“Saya ambil kesempatan ini nak kongsi berita gembira bersempena bulan Ramadan bahawa saya sedang berbadan dua.

“Syukur alhamdulillah walaupun hamil tapi saya masih boleh berpuasa.

“Saya tidak berkongsi di awal kehamilan kerana menghormati permintaan keluarga dan setelah doktor mengesahkan kandungan sihat, baru saya yakin untuk berkongsi kepada semua, “ katanya.

Kaka dan Adam Azriff mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018. - UTUSAN ONLINE