Jelasnya, melihat rakan-rakan seusia sudah pun mendirikan rumah tangga menyebabkan tumpuan beralih kepada dirinya yang sudah hampir dua tahun solo.

“Memang akui saya agak tertekan soal ini. Tambahan pula melihat rakan-rakan lain sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran album terbaharu Ratu Rock Negara, Ella, berjudl Peace.Love.Rindu, petang semalam.

Masih sibuk dengan kerjaya sebagai anak seni, ketika ini, kata Kaka, dia tidak mahu terlalu mencari cinta memandangkan dia yakin dengan ketentuan jodoh.

Di sebalik keputusan Kaka yang mengakui tidak mencari cinta, sebenarnya pada ketika ini, dia tidak menafikan berkawan dengan seseorang.

Bagaimanapun, jelas Kaka, hubungan itu tiada yang istimewa memandangkan mereka masih di peringkat berkawan.

“Memang ada berkawan tetapi belum sampai ke tahap bercinta. Dia bukan orang dari dalam industri seni atau hiburan sebaliknya dia adalah ahli perniagaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE