BIARPUN dikritik atas kemenangannya dalam beberapa kategoridi Anugerah Grammy, Adele tidak melenting malah menegaskan kemenangan yang diraih itu adalah hadiah untuk semua termasuk rakan-rakan artis lain. - AFP

Portal E! Online melaporkan, Timberlake yang turut tercalon bagi kategori sama ternyata tidak gembira dengan perkara itu apabila me­nulis secara sinis dalam laman sosial Twitter miliknya.

Beliau dikatakan cuba membanding-bandingkan kemenangan itu dengan calon lain seperti penyanyi Calvin Harris menerusi single terbaharunya yang turut menampilkan Frank Ocean dan Migos.

Sebagai muka baharu, Adele berjaya mengalahkan calon hebat lain termasuk Beyonce, Drake dan Sturgill Simpson.

Walaupun Timberlake dikritik oleh sesetengah pihak berikutan ulasan Twitter sedemikian, namun lain pula reaksi Adele.

Jelas Adele, kemena­ngan yang diraih itu adalah ‘hadiah’ untuk semua termasuk rakan-rakan artis lain.

“Pujaan saya untuk selama-lamanya adalah Beyonce. Album Lemonade oleh beliau terlalu hebat dan bagus. Kemena­ngan saya adalah kemena­ngan setiap artis. Saya sa­yang anda semua dan akan sentiasa sa­yang,” ujarnya.