Pelantun lagu Sorry itu mengikut jejak langkah rakan penyanyinya, Lady Gaga yang menjadi individu pertama meraih 100 juta pengikut pada pertengahan Jun lalu.

Koleksi pengikut Twitter tertinggi itu diumumkan sendiri oleh Twitter melalui satu ucapan tahniah beserta video yang disertakan dengan ayat tanda pagar yang popular pernah ditulis Bieber.

Setakat ini, beberapa penyanyi lain juga sedang menjejakkan kaki ke angka 100 juta pengikut antaranya Taylor Swift  dengan 85.5 juta pengikut,  Rihanna (76.9 juta pengikut) dan Lady Gaga (69.5 juta pengikut).

Ternyata, Bieber sebelum ini mengakui dia sudah lama menggunakan fungsi sosial media sebagai langkah untuk rapat dengan peminat serta ruang mempromosikan lagu baharunya.

Sekitar tahun 2015, Bieber pernah menghantar lirik lagu What Do You Mean kepada 49 penyokong kuatnya sebagai langkah promosi awal untuk memberitahu yang dia bakal tampil dengan lagu baharu.

Hasilnya, ayat What Do You Mean bukan sahaja menjadi tular, malah berjaya membawa lagu tersebut menjuarai carta-carta lagu popular antarabangsa. - UTUSAN ONLINE