Berita kematian Julia yang juga dikenali sebagai Jupe itu disampaikan sendiri oleh adiknya, Nia Anggia di laman Instagramnya bersama sekeping gambar arwah.

“Innalilahiwainailahirojiun, telah pulang kakak kami tercinta, Juliz Perez. Minta doa daripada semua. Terima kasih semua atas sokongannya selama ini. I Love You Yuli,” tulis Anggi di akaun Instagramnya.

Sahabat dan netizen turut menyampaikan ucapan takziah serta doa buat Jupe.

Ayu Ting Ting antara sahabat yang memuat naik sekeping gambar bersama Jupe ketika wanita itu sudah berhijab.

“”Innalillahiwainnaillaihirojiun. Ya Allah selamat jalan kakak, ku sahabat ku tercinta Yuli Rahmawati semoga amal ibadah diterima Allah dan di tempat yang paling baik amin,” kata Ayu di laman Instagramnya.

Terdahulu, Jupe sempat menjalani pembedahan di bahagian perut pada 8 Jun lalu.

Keadaannya selepas pembedahan dilaporkan stabil sehingga semalam sebelum meninggal dunia pagi tadi. - UTUSAN ONLINE