Hampir menjadi mangsa gangguan seksual oleh pengarah dan penerbit sebuah terkenal tempatan sewaktu menghadiri sesi uji bakat tiga tahun lalu telah memberi kesan trauma dan takut dalam dirinya untuk menghadiri uji bakat seorang diri.

“Saya diminta untuk melakonkan babak sebagai wanita penggoda. Saya kata okay dan berlakon di hadapan dinding tetapi tiba-tiba pengarah itu meminta untuk saya menggodanya.

“Saya pada awalnya turutkan sahaja arahan itu tetapi bertegas untuk ada jurang antara kami tanpa bersentuhan namun dia tetap mahu saya menyentuh dia.

“Saya keliru dan terkejut dengan apa yang sedang saya lalui ketika itu. Saya ambil keputusan untuk lari ke kereta dan menangis,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran tiga drama bersiri Original Viu iaitu Salon, The Bridge dan Jibril, di sini.

Sementara itu, Julia, 26, turut menasihati pelakon yang baharu yang ingin memulakan karier dalam bidang ini untuk sentiasa ditemani oleh seseorang ketika sesi uji bakat dijalankan.

“Saya sarankan pada semua pelakon baharu khususnya wanita untuk sentiasa berteman ketika menghadiri sesi uji bakat. Jangan pergi seorang diri.

“Sebab itu setiap kali ada produksi lain yang ingin memanggil saya untuk hadir sesi uji bakat saya akan bertanya dahulu siapa individu yang terlibat dalam sesi itu, “ ujarnya. - UTUSAN ONLINE