Diana akan berkongsi pengalaman manisnya sepanjang menyertai program MasterChef Australia musim ke sembilan itu dengan orang ramai pada pukul 3 petang, 7 Oktober depan, di South Court (Tingkat Bawah) Mid Valley Megamall di sini.

Pada perjumpaan itu kelak, Diana yang dilahirkan di Sitiawan, Perak dan kini bekerja sebagai akauntan dan menetap di Melbourne, Australia itu bersedia untuk menjawab semua soalan daripada peminat serta mengadakan demonstrasi masakan istimewanya.

Turut serta memeriahkan acara itu kelak adalah finalis Malaysia MasterChef Asia, Jasbir Kaur dan Marcus Low. Mereka juga akan membuat demo masakan masing-masing. - UTUSAN ONLINE