Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jom Chat dengan Marcell malam ini

Marcell

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Penyanyi lelaki popular dari Indonesia, Marcell akan muncul dalam segmen Jom Chat di Utusan Online pukul 9 malam ini.

Kemunculan julung kali Marcell sebagai selebriti undangan Jom Chat malam ini mempunyai misi khusus untuk diperkatakannya kepada para penonton setia Jom Chat khasnya dan para pelayar Utusan Online amnya.

Selain itu, menerusi segmen bual santai Jom Chat juga digalakkan penonton pro aktif dengan menghantar soalan membina untuk diajukan kepada Marcell secara langsung.

Marcell yang telah mencipta nama sebagai artis di tanah airnya sejak lebih 10 tahun, akan mengadakan konsertnya di Kuala Lumpur pada 23 September ini.

Keterujaan Marcell untuk beraksi di hadapan para peminat tegarnya di Kuala Lumpur nanti pasti dikongsi pada malam ini.

Konsert Marcell, Once in a life time, bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pukul 8 malam.

Persembahan berbayar ini boleh dapatkan tiket di airasiaredtix.com, tiket.com,  kiostix.com dan goersapp.com.

Untuk pertanyaan lanjut berhubung pembelian tiket konsert, anda juga boleh hubungi Hotline di talian +62 812 80809118. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan