Kongsi Nasha yang juga vokalis kumpulan Febians, melalui konsert mini, JJR–Selepas 3 Dekad, kelima-lima kumpulan ini bakal menghiburkan peminat mereka di The House G-Tower pada 8 April depan.

“Album Juara Juara Rock (1987) merupakan album kompilasi rock yang menampilkan kumpulan-kumpulan rock yang pernah menyertai kugiran Juara Rock pada era 80-an.

“Melalui JJR–Selepas 3 Dekad, kami kumpulkan kembali kesemua kumpulan ini di atas pentas yang sama. Tentunya kami akan menjanjikan satu persembahan yang hebat,” jelasnya.

Kata Nasha lagi, ini adalah peluang untuk peminat kumpulan tersebut untuk menyaksikan penampilan mereka terutama yang selama ini sering bertanyakan bila kelima-lima kumpulan ini akan kembali bersatu selepas berpuluh tahun hilang tanpa khabar berita.

“Walaupun kesemua kami kebanyakannya sudah melepasi umur 50-an tetapi ini tidak bermakna kami tidak mampu untuk memberikan persembahan yang baik.

“Selepas sekian lama saya rasa peminat yang selama ini rindu akan persembahan kami perlu hadir menyaksikan konsert mini ini kerana selepas ini saya tidak tahu bila lagi kami akan bersatu,” katanya.

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert mini JJR–Selepas 3 Dekad boleh didapati dengan harga RM98 sehingga RM338. - UTUSAN ONLINE