Dia memberikan komen itu ketika diminta memberi penjelasan berhubung konflik yang melibatkan dia dan pelakon Aliff Aziz.

Dituduh sebagai orang ketiga oleh isteri pelakon itu, Bella Astillah nampaknya kali ini Oktovia lebih senang untuk mengakui kesilapanya dan meminta maaf atas apa yang berlaku.

“Tidak ada apa yang boleh saya buat, saya hanya mahu mengaku salah saya. Memang kami keluar beramai-ramai tetapi salah saya sebab keluar dengan suami orang.

“Saya sudah minta maaf dengan Bella. Dalam keadaan sekarang, saya sudah dapat bahagian saya dan tiada apa lagi yang saya harapkan selain yang terbaik untuk Aliff dan Bella selepas ini,” katanya.

Untuk berita lanjut layari www.mhetv.my. - UTUSAN ONLINE