Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jihad seorang mujahidah

Heliza aktif sertai misi kemanusiaan

Fazly Unic (dari kiri), Haliza Helmi  dan Aziz M. Osman yang berpeluang 2
Fazly Unic (dari kiri), Heliza Helmi dan Aziz M. Osman yang berpeluang pergi ke Syria untuk membantu penduduk di sana. membantupenduduk di sana.

Bagaikan sudah dapat menduga soalan yang bakal diajukan kepada dirinya, Ija dengan nada berseloroh mahu memberikan jawapan sebelum soalan ditanya kepadanya.

Pertanyaan soal jodoh bagaikan sudah sebati dalam dirinya dan dia seakan sudah tepu untuk menjawab soalan yang sama tiap kali ditemu ramah oleh para media, namun dia masih lagi bersopan dalam menjawab soalan berkenaan.

“Soal jodoh saya serahkan kepada Allah kerana dia yang layak untuk tetapkan siapa bakal suami saya.

“Saya tidak rasa sunyi biarpun belum berpunya kerana saya mempunyai ramai teman-teman rapat di sisi. Mungkin Allah tetapkan jodoh saya di akhirat sana, kita pun tidak tahu,” tuturnya tertib.

Jelasnya lagi, dia bagaikan sudah lali hidup tanpa lelaki di sisi kerana baginya, andai jodoh itu sampai, dia akan tetap berkahwin satu hari nanti.

Mengulas mengenai kerjaya seninya, dia kini masih lagi menjadi pengacara program SIS yang ditayangkan menerusi saluran TV9 selain sibuk dengan album terbaharu berjudul Jom.

“Saya masih lagi sibuk dengan penggambaran SIS selain saya tampil dengan album bersama Salima berjudul Salam Buat Kekasih dan Ya Rasulullah yang dijual secara atas talian.

Harga cakera padat (CD) itu hanyalah RM15 di mana RM5 itu akan saya salurkan kepada tabung Palestin dan Syria,” katanya yang bergiat aktif berpuisi menerusi Talk Musical Motivation untuk pelajar IPT dan forum.

Bukan hanya bergelar penyanyi, pengacara dan pelakon, Ija terus maju ke depan dengan bergelar seorang perunding motivasi dan imej demi menambah profesion diri.

Dia kini giat menerima pelbagai undangan berbentuk motivasi diri dan imej bagi meningkatkan keyakinan setiap individu.

“Selain sibuk dengan aktiviti seni, saya turut ditauliahkan menjadi perunding imej dan banyak buat ceramah mengenai keyakinan diri serta imej.

“Saya terima undangan dari universiti, sekolah dan juga korporat untuk berkongsi mengenai etika ketika menghadiri sesi temu duga dan cara berpakaian yang betul. Semua ini saya terapkan dalam ceramah yang saya sampaikan,” katanya yang bakal menjadi salah seorang moderator di konvokesyen Srikandi Impian Syurga pada bulan Mac, tahun depan.

Sementara itu, dia turut menjalankan perniagaan pakaian secara atas talian dengan menggunakan jenama Exclusive By Heliza Helmi yang banyak menjual pakaian Muslimah.

“Saya usahakan label ini di mana produk yang dijual termasuklah Mujahidah Palestina Handsocks, Mujahidah Palestina Shawl, Mujahidah Palestina Dress, Heliza Instant Telekung dan Heliza Helmi Hijab.

“Ada juga di antara merupakan ilham daripada cara pakaian saya sendiri turut dijual. Semua itu boleh dibeli di laman sosial Instagram rasmi ExclusiveByHelizaHelmi atau boleh hubungi Abby di talian 017-6062792.

“Selain itu juga, saya ada menjual coklat, Heliza Chocolate yang juga boleh dibeli menerusi laman sosial Instagram. Saya jual secara borong dan kalau berminat boleh menghubungi nombor telefon pejabat, 03-90811234,” ungkapnya lanjut.

Tidak mahu menyimpan pengalaman peribadi yang dilaluinya sendirian, Ija kini sudah siap menulis sebuah buku yang menceritakan kisah-kisah dirinya sewaktu di bumi Syria.

“Alhamdulillah setelah sekian lamanya, Tuhan kuatkan semangat saya untuk siapkan jua buku yang saya jadikan seperti diari.

“Judul buku ini ialah Diari Seorang Mujahidah. Dalam buku ini menceritakan pengalaman dan cabaran yang saya lalui sewaktu menyertai misi bantuan kemanusiaan,” jelas pelakon filem Syurga Cinta ini lagi.

Katanya lagi, karya itu kini sedang berada di proses penyuntingan dan berharap agar buku tersebut dapat disiapkan segera.

“Selain kisah Syria yang saya kongsikan, ada juga mengenai pengalaman peribadi saya sendiri ketika berada di Gaza. Bagaimana perasaan saya sewaktu berada di sana ketika peperangan berlaku.

“Saya berharap sangat agar hasil tulisan saya itu dapat dibukukan dengan segera agar pembeli dapat merasai jiwa yang saya sampaikan menerusi karya berbentuk buku berkenaan,” kata duta produk penjagaan rambut Sunsilk dan duta Silky White ini lagi.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan