Alba menerusi laman instagramnya memberitahu, kehadiran bayi lelaki yang diberi nama Hayez Alba Warren itu adalah hadiah tahun baharu paling istimewa baginya.

Selain itu, bintang filem Fantastic Four ini turut menyelitkan kata-kata ucapan buat bayinya yang menyentuh hati ramai netizen.

“Kamu bertuah kerana dapat bersama dengan seorang ibu yang kuat. Dua orang kakak kamu juga sudah tidak sabar mahu bertemu dan kamu akan bersyukur bila mereka membantu kamu untuk membesar.

“Ibu berjanji akan menyayangi kamu dan akan bersama dengan kamu untuk melayari impian kehidupan yang diinginkan,” katanya.

Pasangan Alba dan Warren berkahwin pada Mei 2008 di Los Angeles dan sudah pun memiliki dua anak perempuan iaitu Honor Marie Warren, 10 dan Haven Garner Warren, 7 tahun. - UTUSAN ONLINE