Jenna Dewan tanggalkan cincin perkahwinan
Jenna Dewan 

Setelah seminggu pengumuman tersebut, Dewan dilihat tampil di tempat awam tanpa cincin di jari manis buat kali pertama selepas sembilan tahun memakainya.

Gambar Dewan tidak memakai cincin itu dirakam oleh seorang paparazzi ketika pelakon filem Step Up ini muncul di kawasan Chinatown, Los Angeles.

Menurut laporan E! Online, gambar itu dirakam ketika Dewan baru sahaja selesai membeli-belah di salah sebuah pasaraya di sana.

Pelakon berusia 37 tahun ini dikatakan sudah mampu menerima kenyataan bahawa perkahwinannya sudah berakhir. Dia yang kelihatan santai dan menikmati waktu membeli-belah bersama salah seorang rakan baiknya.

Salah seorang sumber yang berada di dalam pasaraya tersebut memaklumkan bahawa Dewan membeli pelbagai barangan keperluan peribadi seperti krim pelindung matahari, topi dan banyak lagi. Dia seperti sedang merancang dan membuat persiapan untuk bercuti. - UTUSAN ONLINE