Walaupun tiada adegan bersentuhan antara kedua-dua pelakon ini, tetapi provokasi pihak-pihak tertentu menyebabkan mereka mendapat kecaman hebat. Yang paling teruk terkena Janna sebab dia secara rela hati membuka pintu kepada netizen untuk mengecam babak bercumbunya dengan Fattah di Instagram.

Tulisan Janna itu juga mendapat 90,000 like dan komen sebanyak 4,550 daripada pengikut akaun Instagram miliknya. Rata-ratanya meluahkan rasa kurang puas hati, ada juga yang mempertahankan tindakan Janna yang sekadar berlakon.

Yang menarik perhatian Mary Jane, Janna buat syarat kepada netizen ini. Tak boleh memetik nama orang tuanya sepanjang luahan rasa itu berlangsung. Jelas di sini yang Janna sangat prihatin dalam bab menjaga hati orang tua.

Sebagai anak, sedikit sebanyak pasti orang tua Janna turut terkena tempias dengan setiap tindak tanduk anaknya itu. Apatah lagi dalam bab bercumbuan dalam kerjayanya itu, sah-sahlah nak tak nak pasti ada yang mengata cara didikan orang tuanya dalam membentuk peribadi Janna.

Mesti punya, orang kita memang prihatin dalam bab-bab tingkah laku anak orang lain. Pantang salah sikit atau ada yang tak kena di mata, mesti ada yang naikkan rasa tak puas hati. Atas alasan ini, Janna awal-awal lagi mengehadkan kecaman itu agar tidak membabitkan orang tua.

Sensitif oi, jangan buat main-main dengan orang yang paling banyak berjasa buat seorang ini. Sebab dengan doa orang tua itulah Janna berjaya seperti hari ini. Bertuahlah ibu bapa Janna memiliki anak yang berhati besar seperti Janna ini.

Walaupun dikecam sebegitu teruk sekalipun, Janna rela dan tetap meletakkan darjat orang tuanya di tempat paling atas mengatasi apa yang ada pada dirinya sendiri.