Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jamal mengaku bernikah, enggan dedah identiti isteri

Jamal Abdillah
Jamal Abdillah

KUALA LUMPUR 23 Mei – Pe­nyanyi pop legenda, Datuk Jamal Abdillah mengesahkan yang beliau sudah menamatkan zaman duda dua bulan yang lalu, namun enggan mendedahkan identiti isteri baharunya itu.

Jamal menegaskan, beliau belum berhasrat untuk berkongsi lebih lanjut mengenai pernikahan kali keempatnya itu dengan masyarakat.

“Benar, saya sudah bernikah. Tapi buat masa ini saya mengharapkan wartawan menghormati permintaan saya untuk tidak bertanya lanjut mengenai siapa isteri saya dan bila saya bernikah. Cukup sekadar saya mengakui majlis itu sudah berlangsung dua bulan lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Jamal, 58, berkata, beliau bersyukur kerana bertemu jodoh sekali lagi dan berdoa semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Berikan saya sedikit masa sebelum saya benar-benar bersedia untuk berkongsi berita gembira ini dengan peminat dan media.

“Saya benar-benar mengharapkan wartawan memahami dan menghormati permintaan saya kali ini,” ujar penyanyi yang sangat masyhur de­ngan lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu lagi.

Laporan media sosial mendakwa Jamal bernikah de­ngan seorang gadis berusia 23 tahun yang berasal dari Kulim, Kedah.

Jamal turut berkata, majlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup dan hanya diha­diri keluarga terdekat beliau dan isterinya sahaja.

Perkahwinan pertama legenda itu ialah dengan Basariah Abdul Latiff pada 1988 yang berakhir dengan perceraian.

Penghibur itu kemudian bertemu jodoh buat kali kedua dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada 2001 dan pasangan berkenaan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Osama Yamani.

Selepas bercerai dengan Intan Noraina, Jamal bernikah pula dengan Fatimatuzahra Samad pada 2007.

Hasil perkahwinan dengan Fatimatuzahra, pasangan itu dikurniakan seorang anak, Ahmad Zaki Yamani.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan