Intan Ladyana anggap lelaki itu sebagai kawan sahaja

151214-intan-1 2

MEMANG sudah tidak nampak apa lagi caranyabagi pasangan kekasih ini akan kembali bersama. Malah keadaan pelakon Intan Ladyana yang dikatakan sudah selesa dengan kehidupan sekarang juga memberi petanda tiada lagi ruang untuk cinta dahulu kembali bersatu.

Jika bekas kekasih selama enam tahunnya, Kamal Adli, tidak lokek memberitahu bahawa hatinya masih belum pulih. Nmaun, itu sedikit pun tidak meletakkan Intan dalam keadaan tertekan. Sebagai seorang wanita matang, Intan tahu apa yang diingini dalam setiap hubungan.

Teman kepada Intan, pelakon Liyana Jasmay juga dalam percubaan memperkenalkan rakan lelakinya kepada Intan. Mengulas keadaan itu, Intan bagaimanapun agak berhati-hati dalam bicara demi memastikan perkongsian ini kelak tidak meletakkannya dalam keadaan yang tidak selesa.

Hits: Siapakah dia? Boleh Intan ceritakan lelaki ‘pengganti’ itu?

Intan: Saya kalau boleh tidak mahu komen apa-apa. Apa yang boleh saya katakan kami hanya berkawan sahaja setakat ini.

Selepas berpisah dengan Kamal, tidakkah berhasrat untuk mempunyai teman baharu sekarang?

Kalau ia dimaksudkan kepada keadaan saya kini, maaf saya enggan menjawab. Tetapi kalau kepada orang lain, saya fikir ia menjadi pilihan masing-masing. Masing-masing punya hak untuk kehidupan peribadi mereka.

Khabarnya dia seorang yang agak berada?

Mana tahu dia seorang yang kaya? Saya tidak kisah dia kaya atau tidak. Lagipun, apa kelebihannya kalau dia kaya? Kami hanya berkawan.

Ada orang menggambarkan keadaan ini (rapat dengan seseorang) sebagai cara untuk Intan menyakitkan hati Kamal, boleh komen?

Kenapa saya perlu buat begitu? Itu semua perangai budak-budak. Saya berkawan dengan sesiapa sahaja, saya tidak lihat ada apa-apa kesalahan untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

Hampir enam tahun membina hubungan, apa sebenarnya yang Intan belajar daripada kisah dengan Kamal?

Saya seorang yang penyabar, kalau ada satu sahaja masalah saya tidak akan mudah berputus asa. Apa juga orang mahu cakap tentang saya, itu hak mereka. Sebabnya saya tidak akan berkongsi hal itu lagi.

Pada saat ini memang sudah pasti tiada lagi cinta di antara Intan dan Kamal, tetapi jika ditakdirkan kamu berdua akan bekerjasama adakah keadaan ini okey?

Tidak ada masalah, saya dengan dia juga baik-baik sahaja.

Agak mudah untuk mendapatkan kenyataan daripada Kamal, sedang Intan dilihat lebih senang berdiam diri, kenapa?

Biarlah saya menjadi lebih matang. Memang dahulu saya agak terbuka, tetapi kali ini saya fikir lebih baik kongsikan keadaan kerjaya sahaja. Bukan apa, kalau asyik cerita yang sama saya takut orang naik menyampah pula.

Ditakdirkan sekali lagi bertemu seorang lelaki dan jatuh cinta, adakah masa yang panjang lagi untuk kenal hati budi? Tak serik ?

Entahlah saya tidak terfikir sampai soal itu. Buat masa sekarang fokus saya hanya kerja. Bagaimanapun waktu sekarang masih bercuti dari berlakon dan hanya awal tahun hadapan baru saya akan kembali ke set penggambaran.

Umur 32 tahun, apa perancangan tahun hadapan?

Saya akan cuba seimbangkan kerjaya dan kehidupan peribadi saya. Mungkin sebelum ini saya terlalu bekerja sehingga mengabaikan kehidupan saya. Jadi, tahun depan saya akan pastikan ia seimbang.

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati