Bagaimanapun, pelakon drama Menantu Bilal itu enggan mengulas lanjut mengenai kemelut berkenaan kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Isu tersebut masih dalam proses perbincangan dan belum ada kepastian sama ada akan diselesaikan secara baik atau diambil tindakan.

“Pada pendapat saya, kalau boleh dan seelok-eloknya dibincang dan diselesaikan tanpa melibatkan undang-undang. Buat masa ini, saya masih menanti keputusan selanjutnya oleh pihak yang bertanggungjawab,” jelas Ruhainies.

Sebelum ini, menerusi notis yang dihantar oleh peguamnya, Ruhainies menuntut baki tertunggak untuk bayaran sebagai duta produk kesihatan mata sebanyak RM75,000 yang tertunggak sejak Julai hingga November tahun lalu.

Isu tersebut semakin hangat apabila Ruhainies didakwa telah melanggar kontrak dengan memuat naik gambar ulasan produk kecantikan lain di laman sosial Instagram miliknya.

Berikutan itu, pelakon tersebut menerima surat pada Disember lalu yang memintanya membayar pampasan kerana melanggar kontrak sebanyak RM100,000 dalam masa tujuh hari. - UTUSSAN ONLINE