Tapi ada sesuatu yang hendak Mary luahkan di sini. Mana tahu ada orang lebih arif apatah lagi bila menyentuh mengenai isu lelaki beristeri dua ni.

Kisahnya, Mary dengar cerita daripada sumber terdekat, Rahim Raja Lawak ni hebat orangnya. Mungkin ada yang tak tahu dia beristeri dua dan tak dinafikan, kedua-duanya punya kelebihan dan kecantikan sendiri.

Tapi bukan Rahim yang menjadi persoalan sebab daripada apa yang Mary dengar, Rahim bijak memainkan peranannya sebagai seorang suami yang berpoligami. Ha, baguslah macam tu.

Asal tahu tanggungjawab sudahlah. Bukan macam sesetengah lelaki di luar sana yang pandai jual minyak, menggatal dengan perempuan sampai kahwin dua tiga, tapi tanggungjawab ke laut. Lepas tu apabila sampai masa bermasalah sikit, boleh ceraikan isteri hanya melalui laman sosial sahaja. Ishhh, marah betul Mary dengan cerita tu tau. Siapa? Rahsia.....

Okey kita kembali kepada cerita Rahim, tak tahulah kalau kami salah dengar. Menurut cerita yang Mary terima, kedua-dua isteri Rahim ni saling bersaing hendak merebut perhatian suami tersayang. Wowww!

Maklumlah,suami orang popular. Masing-masing macam bertanding pula siapa paling cantik, sampaikan Mary dengar, isteri pertama dulu bertudung, sampai terbang sudah kain tudungnya kerana nak bersaing dengan isteri kedua yang tak bertudung dan nampak lebih muda dan cantik. Dan Mary dengar, isteri muda pula dah pakai tudung sekarang.

Kalau di media sosial pula, kononnya saling bersaing pula siapa nampak paling romantik dengan Rahim. Yang tak sedapnya, siap letak gambar berdua atas katil dengan menampakkan separuh badan tak berbaju, ala-ala menunggu masa nak tidur, begitu. Adui... perlu ke?

Tapi dengarnya gambar tu dah dipadamkan oleh salah seorang daripada mereka. Mungkin Rahim dah bagi amaran kot. Haa.. sebab tulah kita kata ni macam kes bini-bini terdesak ni, macam drama popular Hollywood tu, Desperate Housewife tu. Bezanya kedua-dua wanita ini ada kerjaya masing-masing.

Kita ni tegur bukan sebab cemburu dengan mereka tapi iyalah, kalau dah hidup bermadu tu, hiduplah dengan aman damai sebab masing-masing tentunya lebih tahu dari awal ketentuan dan realitinya hidup bermadu ni.

Nak bersaing tak salah demi kebaikan dan kerukunan rumah tangga. Jangan sampai terjejas pula kehidupan. Tapi apa pun, Mary tetap tabik pada Rahim kerana dia ni memang hebat.

Walaupun tak adalah kacak mana, badan pun tak sado mana, tapi betul kata orang, lelaki yang pandai berjenaka ni memang ramai wanita yang mudah jatuh hati. Haa, jaga-jaga! Semoga terus mampu menjadi suami yang hebat dan bertanggungjawab dan pandai melestari sebuah keluarga besar yang bahagia. Selamat ya.