Menurut Ashraf atau Muhd. Ashraf Muslim, isterinya itu dijadualkan melahirkan anak mereka pada September ini memandangkan kandungan mencecah usia tujuh bulan.

“Sejujurnya, saya tidak pernah merancang dan semua ini adalah ketentuan Allah. Kehadiran anak ini saya anggap sebagai satu amanah untuk diterima dan dijaga sebaik-baiknya,” ujar Ashraf yang bersyukur atas kurniaan zuriat tersebut.

Terdahulu, perkahwinan Ashraf dan Wan Sakinah sebelum ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 4 dan Adam Ashraf, 3.

Pada masa yang sama, Ashraf juga berdoa agar selepas ini giliran isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 31, pula hamil setelah melahirkan anak pertama mereka, Anas Ashraf yang kini memasuki usia tiga tahun.

“Keakraban antara Dayana dan Sakinah mewujudkan sebuah hubungan keluarga yang harmoni meskipun ada netizen meninggalkan komen berbaur negatif.

“Saya juga bersyukur kerana kedua-dua isteri saya saling mengambil berat antara satu sama lain dalam memastikan keluarga kami hidup bahagia,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE