Menurut Juriah, menerusi pertolongan daripada seorang rakan baik, niat itu disampaikan kepada penyanyi yang popular dengan lagu Sayang, Maafkan Aku tersebut.

"Saya tak ada masalah dengan Syafiq. Dia ada hak untuk menjadi sebahagian daripada persembahan ini.

"Persembahan ini dibuat khas untuk `tribute' kepada arwah. Tetapi tarikh yang dicadangkan itu tidak dapat dipenuhi oleh Syafiq kerana dia terlebih dulu sudah terikat dengan komitmen lain.

"Pun begitu, Syafiq mungkin akan sertai kami untuk lokasi dan tarikh yang lain, " ujarnya ketika ditemui dalam sidang media Supernova of The Legendary.

Tambah Julia lagi, `tribute' itu juga akan menjelajah beberapa negeri.

Bagaimanapun lokasi persembahan akan diberitahu kelak.

"Selain jelajah negeri, kita juga ada rancangan untuk ke Indonesia atas sebab mendapat banyak permintaan di sana.

"Cuma belum masanya untuk kita beritahu lokasi dan harga tiket .

"Malah, kita juga menjemput kumpulan arwah iaitu Iklim untuk bersama-sama mengmbau zaman kegemilangan mereka," kata Julia.

Terdahulu, sekitar dua tahun lalu, wujud perselisihan faham apabila Saleem dan isteri telah ‘menyerang’ syarikat rakaman MVM Sdn. Bhd. yang juga merupakan syarikat yang menaungi Syafiq Farhain. - UTUSAN ONLINE