Luahan hati Aida Yusof hanya dipaparkan menerusi Instagram miliknya.

Bagaimanapun menerusi laman Instagram miliknya yang didaftarkan di bawah nama akaun @aidayusof15, Aida telah memuat naik satu status berbunyi, “Apabila diri kita dijadikan bahan gosip, jangan defensif. Diam sahaja. Jalan terus.”

Malah, Aida juga sempat memuat naik kapsyen yang mengatakan dirinya difitnah, namun tidak menyebut gerangan individu yang memfitnahnya.

“Fitnah ialah niat, kata-kata dan tindakan jahat seseorang yang didorong oleh nafsu dan perasaan dengki terhadap orang lain yang tak bersalah.

“Fitnah biasanya disebarkan dengan menggunakan kata-kata manis dan helah yang bijak sehingga orang-orang yang mendengarnya menyangka perkara-perkara yang diperkatakannya itu benar,” ujar Aida memetik kapsyen yang dimuatnaiknya.

Dalam pada itu, berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan, Aida sebaliknya tidak berseorangan menempuhi ujian yang dihadapinya kerana mendapat sokongan moral yang tidak berbelah bahagi daripada pengikut di laman sosialnya itu. - UTUSAN ONLINE