IQRAM DINZLY buat laporan polis mengenai rumahnya yang dipecah masuk selain memberitahu akaun laman sosialnya telah disekat.

Bagaimanapun sejak seminggu yang lalu, peminat pelakon kini tertanya-tanya mengenai ketiadaan akaun Instagram pelakon yang pernah popular melalui drama bersiri Dunia Baru.

Menurut Iqram, akaun Instagram yang mempunyai hampir 780,000 pengikut itu sudah disekat daripada terus diakses namun aktor itu memberitahu yang dia tetap akan aktif melalui dua akaun berbeza.

“Akaun lama itu sudah kena sekat sejak seminggu lalu tetapi ini bukan kali pertama. Sebab itu saya masih mempunyai dua akaun sokongan lain dan masih aktif di laman sosial.

“Buat masa ini saya tidak tahu sama ada boleh mendapatkan kembali akaun tersebut tetapi ketika ini peminat boleh terus mengikuti saya menerusi akaun @bawaabata.merebucks dan @prinxchiqydinzly,” kongsinya.

Sementara itu Iqram turut memberitahu, rumahnya yang terletak di Damansara di sini telah dimasuki pencuri dua hari lalu. Mengalami kerugian hampir RM15,000, katanya, antara barangan yang hilang ialah komputer riba milik arwah bapanya.

“Pada hari kejadian saya keluar pada waktu petang, bila balik ke rumah dalam pukul 11 malam, kelihatan pintu rumah saya sudah dikopek,” katanya yang sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu. - UTUSAN ONLINE