Ieda yang tetap aktif dalam dunia seni lakon, akan memeriahkan suasana Jom Chat yang dihoskan oleh Apak malam ini dengan cerita dan celoteh lucu beliau

Ieda juga akan berkongsi perkembangan terbaharunya dalam industri hiburan tanah air.

Sementara nama Rief Daniel pula amat sinonim dengan media sosial Instagram sehinggakan beliau adalah salah seorang instafamous yang mempunyai ramai pengikut.

Rief Daniel malam ini juga akan memperlihatkan bakat seni suaranya apabila beliau akan mendendangkan beberapa buah lagu untuk para penonton Jom Chat.

Jangan lupa tonton Jom Chat secara live malam ini dengan daftar masuk ke Facebook Utusan Online, like page dan anda akan dapat notifikasi apabila ia bersiaran secara langsung. - UTUSAN ONLINE