Idris Khan rancang sambung belajar di London

IDRIS KHAN
IDRIS KHAN

KUALA LUMPUR 20 Mac. - Pelakon dan penerbit, Idris Khan, 29, merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni di kota London.

Menurut pelakon Duda Terlajak Laris ini, meskipun sudah tiga tahun bergelar anak seni, itu bukan halangan untuk dia menyambung pengajian dan memantapkan ilmu lakonan sert penerbitan.

"Kalau tiada halangan dan tidak terikat dengan jadual kerja, pada tahun ini atau selewatnya tahun depan, saya akan menyambung pengajian dalam jurusan lakonan.

"Terdapat beberapa pusat pengajian yang saya kenal pasti dan setakat ini London School of Arts menjadi pilihan utama saya.

"Saya mungkin akan mengikuti kursus pengajian yang dijangka mengambil masa antara dua hingga empat minggu," jelasnya ketika ditemui dalam majlis pelancaran Hari Pengasas KO edisi ke-2, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Idris turut berkongsi mengenai tawaran lakonan yang diterimanya daripada sebuah produksi antarabangsa, Netflix.

"Saya bakal berlakon sebuah drama bersiri terbitan Netflix. Buat masa ini, saya tidak dapat menjelaskan lebih terperinci mengenai tajuk drama tersebut.

"Dengan peluang ini serta ilmu yang bakal saya pelajari di London, saya berharap bakat lakonan saya akan sampai ke peringkat antarabangsa," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati