Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Idola dalam kenangan

Johari Salleh buat dua lagu untuk mengenang idolanya, Jimmy Boyle dan Alfonso Solliano

KONSERT Orkestra Maestro Datuk Johari Salleh adalah penghargaan 2
KONSERT Orkestra Maestro Datuk Johari Salleh adalah penghargaan oleh RTM kepada pemuzik handalan, Datuk Johari Salleh.

DALAM diri setiap individu sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa mahu pun orang tua, mereka mempunyai seseorang yang menjadi idola atau mungkin juga boleh disebut sebagai hero yang dipuja.

Tidak terkecuali, komposer Datuk Johari Salleh yang mengakui untuk sepanjang kehidupan, beliau juga punya idola tersendiri. Idola ini telah membangkitkan semangat sebagai ahli muzik yang kemudian turut diterjemahkan melalui karya-karyanya.

Justeru, Konsert Orkestra Maestro Datuk Johari Salleh yang dirakam baru-baru ini merupakan sebuah konsert bukan sahaja dianjurkan untuk mengangkat karya dan sumbangannya tetapi dibuat khas untuk menghargai tokoh muzik kegemarannya, Jimmy Boyle dan Alfonso Solliano.

Saat memulakan konsert berkonsepkan Simfoni Orkestra Datuk Johari Salleh, beliau tidak habis-habis memuji kedua-dua idolanya.

“Merekalah (Jimmy dan Alfonso) mencetus semangat saya untuk berkarya. Sebab itu, saya buat dua lagu, Jimmy Boyle Dalam Kenangan dan Alfonso Solliano Dalam Kenangan malam ini untuk menghargai mereka.

“Saya turut bertuah kerana anak kepada Jimmy, James Boyle dan anak kepada Alfonso, Issabella Solliano bersama saya pada hari ini untuk memainkan piano,” katanya selepas rakaman konsert anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kerjasama Orkestra Kuala Lumpur (OKL-DBKL).

Dalam konsert berkenaan, Johari berkata, ia memberi erti yang amat mendalam pada dirinya.

Apalagi konsert itu merupakan konsert penghargaan kepada Johari atas sumbangan dan perkhidmatannya di RTM sebagai Pengarah Muzik RTM kedua pada 1976 selepas tertubuhnya Orkestra RTM.

“Bukan semua ahli muzik memperoleh kesempatan begini. Penglibatan dan penerapan yang ditonjolkan UM ini secara tidak langsung memberi pendedahan secara realiti industri muzik tanah air terutama buat pelajarnya,” kata Johari.

Pada usia 75 tahun, Johari masih mampu memimpin orkestra dengan repertiore lagu-lagu pilihan yang merupakan ciptaan dan gubahan yang telah mengangkat namanya dalam dunia muzik.

Sebanyak 12 lagu dipersembahkan pada konsert berkenaan dengan iringan tiga penyanyi pilihannya, Johana Johari, Nassier Wahab dan Alyah.

Lagu-lagu Berdebar Rasa Hati dan Papaku dipersembahkan oleh Johana sementara Alyah menyanyikan lagu Kau Yang Terindah dan Hati Lebur Jadi Debu. Penyanyi Nassier Wahab pula mendendangkan Dunia Ku dan Gadis Kota serta berduet dengan Johana menerusi lagu Kata Sepakat.

Sebanyak tiga buah lagu lagi dipersembahkan secara instrumental dalam bentuk simfoni orkestra iaitu Overture Simfonietta Cempakasari dan Ilusi Sekapur Sireh dan Tari Tualang Tiga.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan