Filem yang mula ditayangkan pada 20 Julai lalu itu berjaya mencecah kutipan pecah panggung dan menjadi filem tempatan pertama di Korea Selatan mencapai jumlah penonton 10 juta tahun ini.

Sebelum ini, rekod tertinggi dicatatkan tahun ini adalah menerusi filem, A Violent Prosecutor dengan jumlah penonton sebanyak 9.7 juta.

Train to Busan muncul antara empat buah filem yang mencapai filem blockbuster untuk musim panas di negara itu termasuk Operation Chromite, The Last Princess dan Tunnel.

Dengan rekod kutipan tersebut, ini bermakna filem lakonan Gong Yoo, Jung Yoo Mi dan Kim Soo Ahn yang pertama mencapai jumlah penonton tertinggi sepanjang penglibatan mereka dalam industri perfileman.